Wednesday, 23 August 2017

Bangkit Bersama Harapan : Perjalanan Seorang TTCian | IVF 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Baguskanlah untukku agamaku yang menjadi pangkal urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, dan baguskanlah akhiratku yang padanya tempat kembalinya aku nanti, jadikanlah hidup itu menjadi bekal/tambahan bagiku dalam segala kebaikan, serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku.

Amin.. Ya Rabbal Alamin...

Assalammualaikum,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Di dalam entry kali ini, saya ingin menulis sedikit nota dan pengalaman sepanjang ber TTC.

7/9/2016
- Appoinment pertama di klinik MAC HUKM.

23/9/2016
- Endometriosis Surgery
30/9/2016
- Suntikan Lucrin pertama
26/10/2016
- Suntikan Lucrin kedua
23/11/2016
- Suntikan Lucrin ketiga
21/12/2016
- Suntikan Lucrin keempat
18/1/2017
- Suntikan Lucrin kelima
15/2/2017
- Suntikan Lucrin terakhir (ke-6). Completed!

Setelah lengkap menjalani suntikan lucrin, saya diberitahu hanya akan datang bulan selepas 2 hingga 3 bulan selepas habis kesan suntikan lucrin tersebut dan pada 5/6/2017, period pertama datang. Alhamdulillah..
Saya diberitahu untuk menunggu sehingga period ketiga selepas operation dan sepanjang inilah doktor memberi masa untuk saya dan suami mencuba untuk hamil secara normal. Tetapi nasib tidak menyebelahi kami dan saya tidak berjaya hamil dalam tempoh tiga kitaran period.

5/6/2017
- Period pertama
3/7/2017
- Period kedua, cycle nampak seperti regular dan kami mula merancang untuk hamil secara normal.
18/8/2017
- Period ketiga, agak lewat dalam 2 minggu 5 hari. Masa ini setiap 2 hari sekali check UPT, tetapi tetap -ve. kami redha je. ^_^ tenang je menjalani hari2.. sampailah pada tarikh ni, sy datang period. Cukup 2 kali period selepas operation, saya membuat temujanji di klinik MAC seperti yang dirancangkan. staff nurse memberi tarikh temujanji pada hari ini, 23/8/2017.

Bermulalah tarikh hari ini, 23/8/2017, saya menulis semula perjalanan sepanjang ber TTC kerana apa? kerana pada tarikh hari ini, kami suami isteri telah membuat keputusan sebulat suara untuk menjalani rawatan IVF yang pertama. Kami juga berharap ini adalah rawatan yang terakhir bagi kami yang telah menunggu selama 3 tahun untuk dikurniakan zuriat sendiri. Semoga Allah permudahkan urusan kami yang sedang berusaha ke arah itu. Saya percaya diluar sana ramai lagi yang lebih lama menantikan saat ini, saya juga mendoakan semoga usaha kalian berhasil.

Pejam celik pejam celik lebih kurang genap setahun saya menjalani TTC setelah 2 tahun berkahwin tanpa zuriat. Usaha jangan cakaplah macam2 dah saya buat. nak cerita pun nak termuntah rasa. hahaha makan itu makan ini. hehehe

Tapi.. sekarang ni saya sedang amalkan madu, pati buah delima dan minyak zaitun setiap hari pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Kesannya badan bertenaga dan rasa sihat, kalau dulu2 sakit2 kaki dan lutut (dah macam org2 tua), tapi sekarang tidak lagi, begitulah kebaikan atau khasiat masu, pati delima dan minyak zaitun untuk kesihatan kita para wanita ni.

23/8/2017
- Saya diminta untuk scan rahim dan saya diberitahu yang rahim saya cantik dan bersih, cyst dah tiada cuma ada fibroid yang memang dari dulu sebelum operation memang ada dan khabar baiknya size fibroid masih 2cm tidak membesar. tetapi dalam pada itu saya masih berusaha untuk berubat untuk mengecutkan fibroid tersebut.

- Doctor memberi planner untuk kami. Planner yang mana untuk period hari kedua seterusnya, kami diminta untuk hadir mengambil ubat perangsang telur. kerana saya tidak dapat mengagak tarikh period yang akan datang, jadi saya memutuskan untuk tunggu sampai ke hari itu untuk update blog ini.


Semoga kami diberi segala kemudahan urusan dalam menjalani dan menerima ujian ini. Alhamdulillah, suami yang penyayang dan memahami sentiasa di sisi. :)

Saya akan menyambung entry blog kepada akan datang. Doakan kami! ^_^

___________________TAMAT_______________