Monday, 26 September 2016

Baby Oh Baby

Subhanallah...
Indahkan ciptaan Allah yg Maha Mencipta..

Setiap wanita yg bergelar isteri pasti inginkan zuriat. In sha Allah, kami akan berusaha ke arah itu. Mohon doakan kami agar berjaya dalam mencapai apa yg kami hajati. ^_^

Sunday, 25 September 2016

Perjalanan Seorang Wanita (Endometriosis Surgery) Prof Zainul

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. panjat syukur ke hadrat Allah s.w.t atas kurniaan dan kesempatan hidup ini. Hari ini 25/9/2016 Puan Shana berehat di rumah setelah berada di hospital menjalani pembedahan buang cyst dari 21/9/2016.

Dalam entry kali ini Pn shana ingin bercerita rentetan perjalanan seorang wanita yg menghadapi masalah cyst yg tumbuh dalam rahim. In sha Allah sedikit sebanyak dapat berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang rawatan dijalankan kpd para pembaca.
Allah.. agak letih juga bila baring sahaja seharian, aktiviti lasak tak boleh buat sebab kesan tebuk masih bersisa. Pn Shana bimbang jika berlaku sesuatu yg tak diingini. Biarlah Pn Shana berehat dan berpantang utk kali ini.

21/9/2016 (Rabu)

Pd hari ini aku perlu mendaftarkan diri utk kemasukan ward. Jam 8.30pg aku dah bersedia utk bertolak ditemani suami. Aku diberitahu oleh Dr. Zainab yg slot utk pembedahan aku terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan kerana ada emergency case yg perlu dilakukan. Aku iakan sahaja, nak buat mcm mana, itu keputusan pihak hospital, kebetulan aku tidak merasa terbeban dgn keputusan itu , cumanya mood cuti tu mmg dah sebati dlm diri aku. Aku pun mula la bersiap utk bekerja seperti hari biasa, sdg dlm perjalanan dan dah sampai pun dpn ofis, tiba2 satu panggilan telefon drpd HUKM yg mengatakan slot aku boleh diisi utk 22/9/2016 iaitu ia akan berjalan seperti yg dirancang. Aku diminta utk hadir segera sebelum pukul 2. Uii, menggelabahlah juga. Tapi kami teruskan juga perjalanan seperti yg dirancang.

Alhamdulillah, sebelum pukul 2 kami sampai d HUKM Specialist Centre bahagian admission utk mendaftar kemasukan ward. Sangkaan kami deposit kemasukan wad mungkin dalam RM200/RM300. Apabila kami memberitahu yg kami mempunyai medical insurance utk cover cost perubatan, staff hospital itu terus menghubungi pihak insurance utk mengesahkan medical card aku. Alhamdulillah, hukm adalah panel utk insurance yg aku ambil. Tetapi utk pesakit yg mempunyai insurance, pihak hospital akan minta deposit sebanyak RM1000. Allah! 1k??? mana nak cari 1k? kami betul2 takde dlm tgn masa ini memandangkan tgh2 bulan mcm ni. kami suami isteri berpandangan sesama sendiri, dan meminta izin utk keluar sekejap dan akan kembali ke kaunter sekejap lagi.

Kami duduk diluar, termenung sekejap. Air mata aku nak mengalir dah masa ini. Seolah xde jalan keluar utk masalah ini. Siapa lagi yg aku nak minta tlng?

Alhamdulillah, seorang hamba Allah sudi membantu dlm kegusaran dan permasalahan ini.
Selesai kemasukan wad. Aku melihat sekeliling dan bersyukur ditempatkan dlm wad yg selesa dan bersih. Kami berehat sekejap selepas nurse menyuruh aku menyalin pakaian hospital. 

Pada sebelah malamnya, Pakar bius dtg berjumpa aku dan menerangkan sedikit sbyk berkenaan operation nanti. Bertanya beberapa soalan dan memintaku berpuasa dari jam 12 sampai keesokan harinya sblm operation.

22/9/2016 (Khamis)

Pagi ini dalam jam 9pg, Prof Zainul dtg berjumpa aku utk menjelaskan beberapa perkara sblm operation dijalankan. Meminta aku menandatangani beberapa dokumen. Satu perkara penting yg aku tanyakan kpd Prof adalah aku hanya akan menjalani operation setelah insurance mengeluarkan Guarantee Letter(GL) yg sah kpd pihak hukm. Prof kata, dia akan cuba dapatkan jawapan drpd pihak insurance dan akan memberitahu aku. 

Debaran semakin tiba, jam dah menunjukkan pukul 10 pagi, aku masih menunggu Prof utk memberitahu status GL yg aku perlukan. Malangnya sehingga pukul 2 masih lagi tiada jawapan. Menunggu terus menunggu... disebabkan aku berpuasa dr mlm td, aku sgt lapar dan jd xsenang duduk. Ke hulu ke hilir aku bawa diri .. Finally, dan Alhamdulillah, utk operation aku ini insurance confirm cover bila dah keluar GL approval. Dan aku meminta beritahu staff nurse if operation buat esok, boleh tak aku nak makan sbb aku lapar. Sehinggalah staff nurse membenarkan aku makan, tetapi aku perlu kembali berpuasa utk operation esoknya. Operation tidak dapat dilakukan pada hari ini dan dibawa ke hari esok. Malam ini aku masih berehat dan berdoa berharap semoga segalanya berjalan dgn lancar. Semua atas kehendak Allah s.w.t

23/9/2016 (Jumaat)

Hari yg ditunggu telah tiba. Bangun pagi, seperti biasa staff nurse akan menukar cadar dan selimut serta menyuruh aku menukar pakaian kpd baju warna putih. Hah? Putih? lagi la berdebar.. operation akan dijalankan pukul 9 pagi.

Pukul 8.30 aku dah bersedia untuk dibawa ke bilik OT. Berselawatlah dalam hati banyak2 time ni. Berserah kepada Allah s.w.t yg Maha Penyembuh. 

Prof Dr Lee Choon Yee adalah pakar anaesthetic, beliau menjalankan tugasnya untuk membius penuh aku. Dalam tak sedar, memang aku dah terpejam terus.

Alhamdulillah.. apabila aku sedar, aku rasa sakit di bahagian perut, merintih2 rasanya. dan aku terus diberi ubat penenang atau penahan sakit agaknya, sebab tiba2 aku merasa mengantuk dan tak bermaya. Mungkin dalam mamai2 aku , nurse2 la kot yg bawa katil aku sampai ke dalam wad. Disebabkan aku rasa mengantuk sgt, aku terus tidur walaupun waktu ni, aku nak genggam je tangan husband, tapi apakan daya mengantguk aku lebih meguasai diri aku time ni. Zzzzzz

Aku hanya dengar husband kata nak keluar sembahyang jumaat dulu, nanti dia datang balik. Aku iakan sahaja. Husband minta aku berehat dan dia akan kembali semula ke wad utk menemani aku.

Berehatlah aku setelah operation berjalan dengan lancar. Pada sebelah petangnya, Prof Zainul datang utk memberitahu finding operation tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati Rahim aku melekat dgn usus, Prof Zainul menunjukkan kpdku gambar di dalam rahim. Allah, air kotor berwarna coklat kehitaman itulah yg sering mengganggu aku bila datang period. Selama ini barulah aku tahu, sebab tu bila aku membuang air besar sakit yg teramat, perlu mengeran sekuatnya, pundi kencing yg selalu pedih.

Aku bersyukur, dan berharap tidak akan ada lagi masalah ini selepas operation ini dijalankan. 
Prof Zainul kata, aku akan menjalani 6 bulan rawatan susulan yang mana injection akan diberikan setiap bulan.

24/9/2016 (Sabtu)

Aku masih kurang bertenaga, ahli keluarga dari Johor dtg melawatku. Aku masih perlukan rehat yg mencukupi memnadangkan aku tak daya lagi nak bangun dengan sendiri. Kesan pening2, rasa nak muntah. Aku masih berpuasa, tapi Prof izinkan aku minum air sikit2 je utk hilangkan haus. Baik utk aku sebabnya kalau aku makan banyak,takut aku perlukan tenaga utk membuang air.

25/9/2016 (Ahad)

Wah!! dah sampai hari utk discharge.. Alhamdulillah...
Terima kasih tak terhingga kpd nurse2 ukm specialist centre yg menjaga dan merawat aku dgn baik, Kpd Prof zainul, terima kasih banyak2, aku suka cara Prof Zainul merawat pesakit dia, nampak tegas dan aku senang dengan caranya. Beliau menjadikan aku lebih kuat dan tak terlalu melayan sakit. Aku memilih Doctor yg tepat yg sesuai dgn aku.

Apabila aku sampai di rumah, wah.. rindunya dgn rumah! sunyi rumah ni tanpa gelak tawa aku. Hahahaha.. Aku dilayan macam seorang puteri oleh husband sendiri.. hihihi..

Beginilah sedikit cerita sepanjang aku menjalani rawatan di hukm specialist centre. Aku suka betul kat sini sebab private, bilik yg selesa dan tak ramai orang. Sebenarnya dekat mana2 pun tak kisah, bergantung kepada kemampuan masing2, memilih doctor utk merawat kita pun terpulang kpd kehendak masing2. Macam aku jenis tak kisah, yg penting target utk sihat tercapai. setiap doctor ada kelebihannya yg tersendiri. Dalam entry kali ini mungkin agak serabut sikit sbb jalan cerita terlalu padat. Akan datang, aku akan buat summary agar mudah difahami oleh pembaca. In Sha Allah.. Doakan Puan Shana sihat hendaknya dan boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.

__________________________TAMMAT________________________________________

Monday, 5 September 2016

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan Allah s.w.t untuk terus menghirup udara segar. Allah.. dah hampir 5 tahun tak update blog Puan Shana oi.. Eh! eh! Tup2 dah PUAN SHANA?? hahaha.. Ye.. Puan Shana dah berkahwin u all..hihi..

Panjat syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurnia yang tidak berbelah bagi untuk kami. Semoga segalanya terus berada dalam rahmat Allah s.w.t.

In Sha Allah.. dalam entry kali ini bermulalah kisah hidup seorang permaisuri En Riduan. hehehe.. Wah! ternyata dengan menulis dapat memberi kepuasan dalam diri ya.. So, Puan Shana akan borak secara santai je la ye.. Entry ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengisi masa lapang yg ada.. Puan Shana baru je berjaya masuk semula ke blog ini setelah mencuba beberapa kali kerana dah terlupa password segala bagai. Nasib baik recovery email masih ada.

Baiklah, actually sekarang adalah waktu Puan Shana bekerja. In sha Allah Puan Shana akan sambung after habis kerja. ^_^

Saja je ni.. testing..kot2 la dah xboleh nak update apa2 post ke kan..hehehe