Saturday, 16 December 2017

Harapan December!

Assalammualaikum..
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t ats limpah karunia-Nya dgn izinnya dpt sy kembali menyambung entri blog kali ni..

Dah pregnant ke puan shana??
Jwpnnya.. belum..
Sy tidak dapat meneruskan rawatan ivf seperti yg telah dirancang sblm ini ats sebab2 tertentu. Walaubagaimana pun kami suami isteri sebulat suara membuat keputusan utk menunggu 2 tahun lagi utk mencuba secara normal.. kami percaya dan yakin harapan sentiasa ada utk kami menimang cahaya mata sendiri tidak lama lagi..
Bila keputusan telah dibuat, kami jadi redha dan tenang.. tidak rushing dan relax.. 😄

Kami jalani kehidupan seperti biasa tanpa berfikir2 dan meletak harapan terlalu tinggi.. kami nak menikmati masa berdua ini dgn begitu damai dan lebih bahagia.. dan alhamdulillah.. its work!

Mungkin suatu hari nanti kami juga akan melalui rawatan ivf tersebut.. tp bila masanya itu tidak kami ketahui..
In sha Allah.. semoga Allah permudahkan urusan kami suami isteri..

Puan Shana
16/12/2017
6.24pm

Wednesday, 23 August 2017

Bangkit Bersama Harapan : Perjalanan Seorang TTCian | IVF 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Baguskanlah untukku agamaku yang menjadi pangkal urusanku, baguskanlah pula duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, dan baguskanlah akhiratku yang padanya tempat kembalinya aku nanti, jadikanlah hidup itu menjadi bekal/tambahan bagiku dalam segala kebaikan, serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku.

Amin.. Ya Rabbal Alamin...

Assalammualaikum,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Di dalam entry kali ini, saya ingin menulis sedikit nota dan pengalaman sepanjang ber TTC.

7/9/2016
- Appoinment pertama di klinik MAC HUKM.

23/9/2016
- Endometriosis Surgery
30/9/2016
- Suntikan Lucrin pertama
26/10/2016
- Suntikan Lucrin kedua
23/11/2016
- Suntikan Lucrin ketiga
21/12/2016
- Suntikan Lucrin keempat
18/1/2017
- Suntikan Lucrin kelima
15/2/2017
- Suntikan Lucrin terakhir (ke-6). Completed!

Setelah lengkap menjalani suntikan lucrin, saya diberitahu hanya akan datang bulan selepas 2 hingga 3 bulan selepas habis kesan suntikan lucrin tersebut dan pada 5/6/2017, period pertama datang. Alhamdulillah..
Saya diberitahu untuk menunggu sehingga period ketiga selepas operation dan sepanjang inilah doktor memberi masa untuk saya dan suami mencuba untuk hamil secara normal. Tetapi nasib tidak menyebelahi kami dan saya tidak berjaya hamil dalam tempoh tiga kitaran period.

5/6/2017
- Period pertama
3/7/2017
- Period kedua, cycle nampak seperti regular dan kami mula merancang untuk hamil secara normal.
18/8/2017
- Period ketiga, agak lewat dalam 2 minggu 5 hari. Masa ini setiap 2 hari sekali check UPT, tetapi tetap -ve. kami redha je. ^_^ tenang je menjalani hari2.. sampailah pada tarikh ni, sy datang period. Cukup 2 kali period selepas operation, saya membuat temujanji di klinik MAC seperti yang dirancangkan. staff nurse memberi tarikh temujanji pada hari ini, 23/8/2017.

Bermulalah tarikh hari ini, 23/8/2017, saya menulis semula perjalanan sepanjang ber TTC kerana apa? kerana pada tarikh hari ini, kami suami isteri telah membuat keputusan sebulat suara untuk menjalani rawatan IVF yang pertama. Kami juga berharap ini adalah rawatan yang terakhir bagi kami yang telah menunggu selama 3 tahun untuk dikurniakan zuriat sendiri. Semoga Allah permudahkan urusan kami yang sedang berusaha ke arah itu. Saya percaya diluar sana ramai lagi yang lebih lama menantikan saat ini, saya juga mendoakan semoga usaha kalian berhasil.

Pejam celik pejam celik lebih kurang genap setahun saya menjalani TTC setelah 2 tahun berkahwin tanpa zuriat. Usaha jangan cakaplah macam2 dah saya buat. nak cerita pun nak termuntah rasa. hahaha makan itu makan ini. hehehe

Tapi.. sekarang ni saya sedang amalkan madu, pati buah delima dan minyak zaitun setiap hari pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Kesannya badan bertenaga dan rasa sihat, kalau dulu2 sakit2 kaki dan lutut (dah macam org2 tua), tapi sekarang tidak lagi, begitulah kebaikan atau khasiat masu, pati delima dan minyak zaitun untuk kesihatan kita para wanita ni.

23/8/2017
- Saya diminta untuk scan rahim dan saya diberitahu yang rahim saya cantik dan bersih, cyst dah tiada cuma ada fibroid yang memang dari dulu sebelum operation memang ada dan khabar baiknya size fibroid masih 2cm tidak membesar. tetapi dalam pada itu saya masih berusaha untuk berubat untuk mengecutkan fibroid tersebut.

- Doctor memberi planner untuk kami. Planner yang mana untuk period hari kedua seterusnya, kami diminta untuk hadir mengambil ubat perangsang telur. kerana saya tidak dapat mengagak tarikh period yang akan datang, jadi saya memutuskan untuk tunggu sampai ke hari itu untuk update blog ini.


Semoga kami diberi segala kemudahan urusan dalam menjalani dan menerima ujian ini. Alhamdulillah, suami yang penyayang dan memahami sentiasa di sisi. :)

Saya akan menyambung entry blog kepada akan datang. Doakan kami! ^_^

___________________TAMAT_______________


Monday, 26 September 2016

Baby Oh Baby

Subhanallah...
Indahkan ciptaan Allah yg Maha Mencipta..

Setiap wanita yg bergelar isteri pasti inginkan zuriat. In sha Allah, kami akan berusaha ke arah itu. Mohon doakan kami agar berjaya dalam mencapai apa yg kami hajati. ^_^

Sunday, 25 September 2016

Perjalanan Seorang Wanita (Endometriosis Surgery) Prof Zainul

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. panjat syukur ke hadrat Allah s.w.t atas kurniaan dan kesempatan hidup ini. Hari ini 25/9/2016 Puan Shana berehat di rumah setelah berada di hospital menjalani pembedahan buang cyst dari 21/9/2016.

Dalam entry kali ini Pn shana ingin bercerita rentetan perjalanan seorang wanita yg menghadapi masalah cyst yg tumbuh dalam rahim. In sha Allah sedikit sebanyak dapat berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang rawatan dijalankan kpd para pembaca.
Allah.. agak letih juga bila baring sahaja seharian, aktiviti lasak tak boleh buat sebab kesan tebuk masih bersisa. Pn Shana bimbang jika berlaku sesuatu yg tak diingini. Biarlah Pn Shana berehat dan berpantang utk kali ini.

21/9/2016 (Rabu)

Pd hari ini aku perlu mendaftarkan diri utk kemasukan ward. Jam 8.30pg aku dah bersedia utk bertolak ditemani suami. Aku diberitahu oleh Dr. Zainab yg slot utk pembedahan aku terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan kerana ada emergency case yg perlu dilakukan. Aku iakan sahaja, nak buat mcm mana, itu keputusan pihak hospital, kebetulan aku tidak merasa terbeban dgn keputusan itu , cumanya mood cuti tu mmg dah sebati dlm diri aku. Aku pun mula la bersiap utk bekerja seperti hari biasa, sdg dlm perjalanan dan dah sampai pun dpn ofis, tiba2 satu panggilan telefon drpd HUKM yg mengatakan slot aku boleh diisi utk 22/9/2016 iaitu ia akan berjalan seperti yg dirancang. Aku diminta utk hadir segera sebelum pukul 2. Uii, menggelabahlah juga. Tapi kami teruskan juga perjalanan seperti yg dirancang.

Alhamdulillah, sebelum pukul 2 kami sampai d HUKM Specialist Centre bahagian admission utk mendaftar kemasukan ward. Sangkaan kami deposit kemasukan wad mungkin dalam RM200/RM300. Apabila kami memberitahu yg kami mempunyai medical insurance utk cover cost perubatan, staff hospital itu terus menghubungi pihak insurance utk mengesahkan medical card aku. Alhamdulillah, hukm adalah panel utk insurance yg aku ambil. Tetapi utk pesakit yg mempunyai insurance, pihak hospital akan minta deposit sebanyak RM1000. Allah! 1k??? mana nak cari 1k? kami betul2 takde dlm tgn masa ini memandangkan tgh2 bulan mcm ni. kami suami isteri berpandangan sesama sendiri, dan meminta izin utk keluar sekejap dan akan kembali ke kaunter sekejap lagi.

Kami duduk diluar, termenung sekejap. Air mata aku nak mengalir dah masa ini. Seolah xde jalan keluar utk masalah ini. Siapa lagi yg aku nak minta tlng?

Alhamdulillah, seorang hamba Allah sudi membantu dlm kegusaran dan permasalahan ini.
Selesai kemasukan wad. Aku melihat sekeliling dan bersyukur ditempatkan dlm wad yg selesa dan bersih. Kami berehat sekejap selepas nurse menyuruh aku menyalin pakaian hospital. 

Pada sebelah malamnya, Pakar bius dtg berjumpa aku dan menerangkan sedikit sbyk berkenaan operation nanti. Bertanya beberapa soalan dan memintaku berpuasa dari jam 12 sampai keesokan harinya sblm operation.

22/9/2016 (Khamis)

Pagi ini dalam jam 9pg, Prof Zainul dtg berjumpa aku utk menjelaskan beberapa perkara sblm operation dijalankan. Meminta aku menandatangani beberapa dokumen. Satu perkara penting yg aku tanyakan kpd Prof adalah aku hanya akan menjalani operation setelah insurance mengeluarkan Guarantee Letter(GL) yg sah kpd pihak hukm. Prof kata, dia akan cuba dapatkan jawapan drpd pihak insurance dan akan memberitahu aku. 

Debaran semakin tiba, jam dah menunjukkan pukul 10 pagi, aku masih menunggu Prof utk memberitahu status GL yg aku perlukan. Malangnya sehingga pukul 2 masih lagi tiada jawapan. Menunggu terus menunggu... disebabkan aku berpuasa dr mlm td, aku sgt lapar dan jd xsenang duduk. Ke hulu ke hilir aku bawa diri .. Finally, dan Alhamdulillah, utk operation aku ini insurance confirm cover bila dah keluar GL approval. Dan aku meminta beritahu staff nurse if operation buat esok, boleh tak aku nak makan sbb aku lapar. Sehinggalah staff nurse membenarkan aku makan, tetapi aku perlu kembali berpuasa utk operation esoknya. Operation tidak dapat dilakukan pada hari ini dan dibawa ke hari esok. Malam ini aku masih berehat dan berdoa berharap semoga segalanya berjalan dgn lancar. Semua atas kehendak Allah s.w.t

23/9/2016 (Jumaat)

Hari yg ditunggu telah tiba. Bangun pagi, seperti biasa staff nurse akan menukar cadar dan selimut serta menyuruh aku menukar pakaian kpd baju warna putih. Hah? Putih? lagi la berdebar.. operation akan dijalankan pukul 9 pagi.

Pukul 8.30 aku dah bersedia untuk dibawa ke bilik OT. Berselawatlah dalam hati banyak2 time ni. Berserah kepada Allah s.w.t yg Maha Penyembuh. 

Prof Dr Lee Choon Yee adalah pakar anaesthetic, beliau menjalankan tugasnya untuk membius penuh aku. Dalam tak sedar, memang aku dah terpejam terus.

Alhamdulillah.. apabila aku sedar, aku rasa sakit di bahagian perut, merintih2 rasanya. dan aku terus diberi ubat penenang atau penahan sakit agaknya, sebab tiba2 aku merasa mengantuk dan tak bermaya. Mungkin dalam mamai2 aku , nurse2 la kot yg bawa katil aku sampai ke dalam wad. Disebabkan aku rasa mengantuk sgt, aku terus tidur walaupun waktu ni, aku nak genggam je tangan husband, tapi apakan daya mengantguk aku lebih meguasai diri aku time ni. Zzzzzz

Aku hanya dengar husband kata nak keluar sembahyang jumaat dulu, nanti dia datang balik. Aku iakan sahaja. Husband minta aku berehat dan dia akan kembali semula ke wad utk menemani aku.

Berehatlah aku setelah operation berjalan dengan lancar. Pada sebelah petangnya, Prof Zainul datang utk memberitahu finding operation tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati Rahim aku melekat dgn usus, Prof Zainul menunjukkan kpdku gambar di dalam rahim. Allah, air kotor berwarna coklat kehitaman itulah yg sering mengganggu aku bila datang period. Selama ini barulah aku tahu, sebab tu bila aku membuang air besar sakit yg teramat, perlu mengeran sekuatnya, pundi kencing yg selalu pedih.

Aku bersyukur, dan berharap tidak akan ada lagi masalah ini selepas operation ini dijalankan. 
Prof Zainul kata, aku akan menjalani 6 bulan rawatan susulan yang mana injection akan diberikan setiap bulan.

24/9/2016 (Sabtu)

Aku masih kurang bertenaga, ahli keluarga dari Johor dtg melawatku. Aku masih perlukan rehat yg mencukupi memnadangkan aku tak daya lagi nak bangun dengan sendiri. Kesan pening2, rasa nak muntah. Aku masih berpuasa, tapi Prof izinkan aku minum air sikit2 je utk hilangkan haus. Baik utk aku sebabnya kalau aku makan banyak,takut aku perlukan tenaga utk membuang air.

25/9/2016 (Ahad)

Wah!! dah sampai hari utk discharge.. Alhamdulillah...
Terima kasih tak terhingga kpd nurse2 ukm specialist centre yg menjaga dan merawat aku dgn baik, Kpd Prof zainul, terima kasih banyak2, aku suka cara Prof Zainul merawat pesakit dia, nampak tegas dan aku senang dengan caranya. Beliau menjadikan aku lebih kuat dan tak terlalu melayan sakit. Aku memilih Doctor yg tepat yg sesuai dgn aku.

Apabila aku sampai di rumah, wah.. rindunya dgn rumah! sunyi rumah ni tanpa gelak tawa aku. Hahahaha.. Aku dilayan macam seorang puteri oleh husband sendiri.. hihihi..

Beginilah sedikit cerita sepanjang aku menjalani rawatan di hukm specialist centre. Aku suka betul kat sini sebab private, bilik yg selesa dan tak ramai orang. Sebenarnya dekat mana2 pun tak kisah, bergantung kepada kemampuan masing2, memilih doctor utk merawat kita pun terpulang kpd kehendak masing2. Macam aku jenis tak kisah, yg penting target utk sihat tercapai. setiap doctor ada kelebihannya yg tersendiri. Dalam entry kali ini mungkin agak serabut sikit sbb jalan cerita terlalu padat. Akan datang, aku akan buat summary agar mudah difahami oleh pembaca. In Sha Allah.. Doakan Puan Shana sihat hendaknya dan boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.

__________________________TAMMAT________________________________________

Monday, 5 September 2016

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan Allah s.w.t untuk terus menghirup udara segar. Allah.. dah hampir 5 tahun tak update blog Puan Shana oi.. Eh! eh! Tup2 dah PUAN SHANA?? hahaha.. Ye.. Puan Shana dah berkahwin u all..hihi..

Panjat syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurnia yang tidak berbelah bagi untuk kami. Semoga segalanya terus berada dalam rahmat Allah s.w.t.

In Sha Allah.. dalam entry kali ini bermulalah kisah hidup seorang permaisuri En Riduan. hehehe.. Wah! ternyata dengan menulis dapat memberi kepuasan dalam diri ya.. So, Puan Shana akan borak secara santai je la ye.. Entry ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengisi masa lapang yg ada.. Puan Shana baru je berjaya masuk semula ke blog ini setelah mencuba beberapa kali kerana dah terlupa password segala bagai. Nasib baik recovery email masih ada.

Baiklah, actually sekarang adalah waktu Puan Shana bekerja. In sha Allah Puan Shana akan sambung after habis kerja. ^_^

Saja je ni.. testing..kot2 la dah xboleh nak update apa2 post ke kan..hehehe

Friday, 18 May 2012

Dhuha..

Ya Allah,
Engkaulah pemilik hati,
dhuha_Mu adalah janji dan isyarat bagi hamba_Mu akan dibukanya pintu2 kemudahan, kelapangan, rezeki dan Rahmat_Mu.

Maka seiring matahari yg sepenggalan naik,dalam dhuha kami memohon kepada_Mu,bukalah semua pintu kebaikan yg telah Engkau janjikan.
Dekatkan kepada kami,
Bila itu masih trgantung di arasy_Mu,
Maka turunkanlah kpd kami,
Jika itu masih trsimpan di perut bumi_Mu, maka keluarkanlah, dan jika itu masih trsimpan di dasar lautan,
Maka munculkanlah ke permukaan.
Datangkan dari segala penjuru mata angin_Mu,hilangkan segala penghalang yg menjadikan itu jauh dari kami.

Engkaulah pemilik segala yang ada,
Engkaulah sumber segala yg tiada,
Engkaulah pemberi segala ijin dan ridha,
Engkaulah penyembuh dari segala luka dan derita ,
Engkaulah akhir dari semuanya.
Hanya kepada_Mu kami menyembah dan berharap,
Hanya kepada_Mu kami memohon dan meminta,
Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan segala do'a.

Kabulkanlah, perkenankanlah do'a hamba_Mu ini...
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin,,,,,

~utk sahabat yg dlm penantian, pencarian, kesakitan, dan kesulitan hidup, semoga seiring dhuha-Nya, pintu keridhaan atas segala usaha dan iktiar di bukakan-Nya utk kita. Aamiin,,,

Tuesday, 10 April 2012

Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya

"Aku tak mampu melawan arus masa depan.. aku cuba utk mengkaji sejarah kehidupan yg telah lalu.siapa yg memahaminya? hari2 yg kulalui penuh dengan dugaan dan cabaran..tp aku tetap berdiri.berdiri aku sebagai seorang mahasiswi!liku2 kehidupan aku belajar..di mana sahabat yg ingin kupimpin utk ke suatu destinasi yg sama? Ya Allah..aku bersyukur..kau jadikan diri aku sendiri dengan segalanya sempurna utk aku bergerak seperti org lain..aku mampu melakukannya! tp Ya Allah..aku takut..aku takut aku tersasar..tersasar kerana perasaan sendiri.. bimbing aku ya Allah..utk terus bergantung harap hanya kepadaMu"
"Mak..anak mak cuba untuk melaksanakan impian mak..impian anak mak juga..doakan anak mak ni ye.."